Objektif



Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:-

Objektif di Peringkat Sekolah
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
Taat kepada Allah, Raja dan Negara
Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

Objektif di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta)
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan, disamping memperkukuhkan segala apa yang termaktub di dalam 4.1 di atas adalah juga untuk:-
2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:
Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.
Menguasai berbagai bidang ilmu.
Berakhlak mulia.
Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.
2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara.2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.
Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri)
3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu mereka melalui daya usaha sendiri, untuk mengembangkan kemampuan supaya dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dengan cara ini, puteri berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dan sosioekonomi dengan keadaan persekitaran3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien atau masalah yang dihadapi oleh klien supaya memahami keperluan klien dan seterusnya memberi bantuan.3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkan puteri berfikiran secara rasional.3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang maksima agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang munasabah.3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahap yang paling optima.3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antara ahli-ahli Skuad dengan masyarakat atau kelompok klien yang siknifikan, untuk menyelami dan mengenalpasti keperluan kedua-dua belah pihak.3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yang ditangani bersama untuk warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.