Kolum Skuad
Tuesday, 30 November 1999


Pengenalan


Pada dasarnya, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan sebagai satu pasukan pakaian seragam. Matlamat penubuhan PPIM ini bertujuan membantu, membimbing dan mendidik puteri dalam usaha melahirkan masyarakat yang sempurna, seimbang, berakhlak, berilmu, berbudaya luhur, berketrampilan diri dan cemerlang.

Matlamat Skuad Puteri


Adalah menjadi hasrat dan impian PPIM untuk melahirkan ahli-ahli Sukarelawan yang dinamakan ‘Skuad Puteri’ yang:-
CINTAKAN NEGARA
DAN
SAYANGKAN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT


menggembling sepenuh tenaga menjadi sukarelawan yang berupaya berkhidmat bila diperlukan kerana:-

* tugas dan tanggungjawab kita adalah amanah Allah, bukan rasional sosial semata



Penampilan



Thursday, 27 November 2008
a. Imej seseorang muslimah bergantung kepada emosi dan psikologi yang meliputi 3 aspek iaitu karektor, perangai dan sikap. Ketiga-tiga ini membentuk personaliti muslimah. Pembangunan personaliti adalah peningkatan dalam tingkahlaku dan emosi termasuk skil komunikasi, hubungan dengan orang lain, sikap terhadap hidup dan etika. Karektor pula adalah faktor untuk mencipta personaliti individu yang lebih baik. Sikap hanyalah gambaran besar dalam diri seseorang seperti karektor. Jika personaliti dibentuk berdasarkan asas yang kukuh, nilai dan etika, ia akan berkekalan.b. Cara mudah untuk mengatasi masalah dalam membina personaliti yang kukuh adalah dengan cara:-- melukis orang berjaya- mengubah pemikiran positif- mengenalpasti halangan- jangan meniru orang lain dengan sesuka hati- cari kaunselor untuk membantu- tentukan kemampuan sendiri- yakinilah bahawa Tuhan sentiasa ada.




Selasa, 16 Mac 2010 - 1 Rabiul Akhir 1431 H
Mutiara Qalbu



Tuesday, 30 November 1999

Doa Kepada Allah SWT
Tidak diterima doa seseorang hamba Allah, kemungkinan disebabkan oleh beberapa hal sebagai berikut : 1. Berdoa dengan cara yang tidak sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya. Nabi Muhammad bersabda :
- " Barangsiapa yang mengada-ngadakan dalam suatu urusan (agama), maka ia tertolak."- " Barangsiapa beramal dengan suatu amalan, yang tidak kami perintahkan, maka ia itu tertolak."
2. Berdoa dengan tidak memenuhi syarat - syarat tidak diterima doanya (lihat tatacara berdoa)3. Berdoa tetapi tidak menghindari dari makanan/ minuman haram atau bercampur dengan hal-hal/ barang-barang yang haram.4. Secara khusus penyebab tidak diterimanya doa yakni doa yang tidak diiringi dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT serta menjauhi segala larangannya, padahal Allah SWT berfirman di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 186 "bahawa Allah SWT akan mengkabulkan permohonan hamba-Nya yang berdoa apabila ia juga sentiasa beribadah kepada-Nya serta melaksanakan segala perintah-Nya, baik dalam keadaan suka mahupun duka ." Oleh kerana itu, sebab-sebab tertolaknya doa tersebut menurut seorang ulama' terkemuka pada abad VII H. (Ibrahim bin Adham), secara terperinci dapat diidentifikasikan 10 macam, yakni : -
Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi hak-hak-Nya tidak kamu penuhi (Hak Allah adalah disembah, menyembah Allah bererti mentaati seluruh perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
Kamu membaca Al Quran, tetapi isinya tidak kamu amalkan.
Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi sunnahnya tidak kamu amalkan.
Kamu mengaku bahawa syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu patuh kepadanya.
Kamu berdoa untuk melepaskan diri dari seksa neraka, tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu berbuat dosa.
Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Kamu katakan kematian itu pasti datang, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kamu sibuk memperkatakan aib saudaramu, tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.
Kamu makan nikmat Tuhanmu tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.
Kamu kuburkan orang-orang yang meninggal dunia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran dari peristiwa tersebut.
5. Pada prinsipnya doa kita akan dikabulkan oleh Allah SWT apabila kita berdoa Sesuai dengan ketentuan-ketentuannya sebagaimana diperintah Allah SWT serta yang dicontahkan Rasullah SAW. Namun demikian, walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar, ternyata hal-hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan. Sebagai orang yang beriman kita harus yakin bahawa hal-hal yang dianggap baik oleh kita belum tentu baik pula menurut Allah SWT. Oleh kerana itu pengabulan doa ini ada beberapa kemungkinan : -
Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita.
Diberikan hal-hal yang serupa dengan apa yang diminta dalam doa kita.
Dihindarkan dia dari suatu bencana yang akan menimpa.
Diampuni dosa-dosanya sebagai pahala dari doa.
Ditunda pengabulannya, kerana tidak baik bagi yang berdoa.
6. Hal ini sesuai dengan sabda Rasullah : "Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas dari salah satu di antara tiga hal adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dengan permintaan), adakalanya ditunda penggabulannya." (H.R. Dailami)
7. Perempuan yang suciAdalah perempuan yang dijaga oleh AllahTidak sedikit pun Allah membenarkanMana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinyaWalaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumangDengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seakan melepaskan kitaKepada seorang manusiaYang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diriSupaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafikItu bermakna Allah mahu mengambil kita kembaliUntuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicariHargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
Hari ini lebih baik dari hari esok seandainya engkau mengerti hari ini tiada lagi hari esok

Tazkirah



Tuesday, 30 November 1999
"Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik dikalangan kamu kepada keluarganya dan akulah yang terbaik dikalangan kamu kepada keluargaku." (HR. Al-Tirmizi)
"Sekiranya seorang wanita itu solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluanya dan mentaati suaminya, dia akan memasuki syurga dari mana pintunya yang dia suka". (HR. Ibnu Hibban)

A)HIDUP SIHAT MENERUSI SOLAT
1. Diseksa Kerana Tabiat Kotor
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke kawasan perkuburan, lalu mematahkan pelepahan korma dan mencacakkannya di atas dua kubur. Peristiwa itu dilihat oleh beberapa orang sahabat. Ketika ditanya, Rasulullah SAW memberitahu, dua kubur tersebut serdang diseksa. Seorang diseksa kerana suka memfitnah, dan seorang lagi kerana ketika kencing tidak melakukan istibra’(berdehem-dehem) menyebabkan istinjaknya tidak sempurna” jelas Nabi Muhammad SAW. Jelasnya walaupun orang itu beristinja, tetapi setelah memakai pakaian, masih ada baki air kencing yang menitis mengenai pakaianya. Orang itupun membawa kesana ke mari. “ Saya cacakkan pelapah korma di dua kubur tersebut, semoga ia memohon keampunan kepada mereka berdua, iaitu selagi daun itu masih basah,” Jelas Rasulullah SAW.
Selanjutnya

B)WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA WANITA SOLEHAH
Dunia adalah tempatnya kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan (kesenangan) adalah wanita solehah, demikian hadith Nabi Riwayat Muslim : Sabda Rsulullah SAW : "Tidaklah yang menghormati wanita kecuali orang yang mulia. dan tidaklah yang menghinakan wanita kecuali orang yang hina pula".( HR. Ibn. Asakar)
"Wanita itu tiang negara, bila dia (wanita) baik, maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak maka rosak pulalah negara itu".( Kata Hikmah)






PENGERTIAN LOGO
Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin



Aluan



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Selamat Datang ke laman web Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Keberhasilan PPIM mewujudkan laman ini dengan harapan dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh ahli-ahli PPIM malah oleh semua lapisan masyarakat sebagai media informasi bukan sahaja internal malah media kreativiti kaum muslimah yang ingin menyalurkan karya.

Selain daripada mengenal dan mendekati pergerakan ini dengan lebih jelas, kami mengharapkan juga pelbagai kalangan dapat menyumbang sebarang info yang boleh dikongsi bersama dengan tujuan dan harapan bahawa apa jua eksplorasi ide mengangkat bahan yang actual,factual dan releven kepada masyarakat masakini demi terciptanya pemberdayaan dan hubungan yang sinergis di kalangan wanita muslim Negara ini.

PPIM juga punya wawasan dan kepedulian terhadap berbagai persoalan sosial dan penurunan nilai-nilai etika dan agama di kalangan masyarakat.Harapan kami adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim dan mewujudkan kerjasama dengan mana-mana individu atau badan bagi menangani bersama tantangan dan pemberdayaan atau pengupayaan di kalangan kaum muslimah.


Latar Belakang & Sejarah



Tuesday, 30 November 1999

LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T
SEJARAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.
Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.


Objektif



Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:-

Objektif di Peringkat Sekolah
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
Taat kepada Allah, Raja dan Negara
Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

Objektif di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta)
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan, disamping memperkukuhkan segala apa yang termaktub di dalam 4.1 di atas adalah juga untuk:-
2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:
Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.
Menguasai berbagai bidang ilmu.
Berakhlak mulia.
Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.
2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara.2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.
Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri)
3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu mereka melalui daya usaha sendiri, untuk mengembangkan kemampuan supaya dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dengan cara ini, puteri berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dan sosioekonomi dengan keadaan persekitaran3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien atau masalah yang dihadapi oleh klien supaya memahami keperluan klien dan seterusnya memberi bantuan.3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkan puteri berfikiran secara rasional.3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang maksima agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang munasabah.3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahap yang paling optima.3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antara ahli-ahli Skuad dengan masyarakat atau kelompok klien yang siknifikan, untuk menyelami dan mengenalpasti keperluan kedua-dua belah pihak.3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yang ditangani bersama untuk warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.


VISI PPIM Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. MISI PPIM
Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.
Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Followers

PPOFILE

Powered By Blogger

tarikh